Baru-baru ini, bintang AF terkenal iaitu Akim dan Mila telah menjalani sesi alih bahasa untuk filem animasi terbaru dari Thailand iaitu Khankluay 2. Ternyata, kedua-dua dari mereka sangat excited kerana dapat menimba pengalaman untuk memasukkan suara bahasa Melayu untuk tontonan peminat animasi di Malaysia.

Kalau diterjemahkan, filem ini berjudul Jumbo Gajah Biru. Sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Akan menjengah pawagam mulai 11 Mac ini.

SINOPSIS FILEM ANIMASI

Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya.

Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Dia sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya. Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo.

Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya. Apakah pilihan Si Jumbo? Bolehkah dia menyelamatkan dirinya dan keluarga tersayang dari cengkaman musuh? Atau bolehkah dia mengekalkan maruahnya sebagai seorang pahlawan? Temui jawapannya dalam “Jumbo Gajah Biru” yang akan menemui anda di panggung tidak lama lagi.

Kredit & untuk berita penuh, sila layari Sensasi Selebriti


 

13 Responses to “Sensasi Selebriti – Suara Akim dan Mila dalam Filem Jumbo Gajah Biru”

iwanis7 says,
posted on 10th February 2010 at 10:47:28

MESTI SEKSI KAN SUARA JUMBO TU … SUARA AKIM KAN SERAK-SERAK SIKIT … ANYWAY AKIM NI INGATKAN PADA ANAK UNTIE COZ DIA TAK SUKA SIKAT RAMBUT … NASIB BAIKLAH CUTE .. RAMBUT SERABAI PUN CUTE GAK

siti says,
posted on 10th February 2010 at 11:36:37

Salam …

Tahniah AKim, hebatlah. Suara AKim gelak tu yang seksi :)

siti says,
posted on 10th February 2010 at 11:40:15

Akim… kenapa ruangan Akim da Phenoma tu dah lama x updated? X seronoklah

gurlzz says,
posted on 10th February 2010 at 14:06:39

akim dan mila lagi
hahaha

rockchisel says,
posted on 10th February 2010 at 16:12:02

Congrats Akim for taking the next step in the entertainment industry. If we want to succeed we must not be afraid to try new things as long it doesn’t create controversy. Way to go AKIM!

Neena148 says,
posted on 10th February 2010 at 20:27:46

kalau filem ni dh keluar kat DVD,mestilah neena beli,kalau mahu denga,tukar audio jadi melayu :) ;)

anissenyum says,
posted on 11th February 2010 at 08:15:43

akim semakin terkenal lah…semoga akim akan membuat yg terbaik untuk filem ini oke…

are rail says,
posted on 11th February 2010 at 19:31:28

akim go akim…member lame nie..

niena starpark indah says,
posted on 13th February 2010 at 14:28:34

suke dengar akim cakap “awak nak cakap yang saya akan jadi ayah?”
n then jumbo panggil anak2nye yg comeyl tuh..
“barron,lia..mari ke sini nak…”
eiii..geramnye dengar suare akim yg terlampau seksi tuh..
komferm la niena nk tgk cite nie….
jom abg akim,tman niena tgk citer nie..plez…hehehe

Alicia says,
posted on 16th February 2010 at 00:23:36

niceee~

gurlzz says,
posted on 18th February 2010 at 01:04:13

akim (i’m yours)& mila(wazzap2)
nma yg semakin melonjak2,,
rezeki durg kali,
ska cik mila jirin sbb sifat dya yg sentiasa humble,,
akim pn smkn bnyk peminat gitu & suara dya mmg seksi,ska dgr,,hehe,
lakonan durg dlm ‘kau dan aku’ mmg menjadi la ,gandingan yg mantap,,msg2 ada keistimewaan tsendri
Anyway,gud Luck for akim&cik mila :)

gurlzz says,
posted on 18th February 2010 at 01:10:48

ndk sabar sdh ney tgk crta ney
Luv mila & akim ; )

Norfazira isa says,
posted on 20th March 2010 at 08:36:12

owh akim selamat ya..
ady jerah pun suka tengok katun ne.
ady jerah x sbr nak bli cd jombu ne.
dia ckp bes lah cerita ne.
smpi kn nngis2 nk bli
mcna jga mau bli klu cd ne blum keluar lgi.


Leave a Reply