Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
50,000 peminat banjiri konsert 12 jam tanpa henti dijayakan 30 artis popular
Sorakan ‘you are the best’ menjadi penyuntik semangat buat stesen radio No.1 negara itu yang mencetuskan revolusi dalam industri hiburan negara apabila menampilkan lebih 30 artis popular tanah air dalam pelbagai genre termasuk sifu, M Nasir dan otai rock seperti AXLs, Bumiputera Rockers (BPR) dan Fotograf.
Biarpun terpaksa berpanas seawal jam 12 tengah hari namun ‘kehangatannya lebih daripada biasa’ kerana ia turut disertai artis baru seperti Tilu, Bittersweet, Anna Rafalli, Rock and Roll John, So Wincci serta The Curse Between Us.
Bukan itu saja, turut ditampilkan barisan artis kegilaan peminat muzik tempatan masa kini termasuk Hujan, Modread, Sixth Sense, Stacy, Mila, Akim, Alyah, Diddy, Tomok, Shila, One Nation Emcees, Nubhan, Aril, Black, dan Adam serta penampilan istimewa, M Nasir, Anuar Zain, Misha Omar dan Faizal Tahir.
Pengurus Besar Jenama dan Promosi Rangkaian Radio Media Prima, Zurina Othman berkata, konsert kali ini lebih istimewa kerana artis jauh lebih ramai berbanding sebelumnya dan Hot FM juga memperkenalkan beberapa segmen baru untuk pendengar.
Katanya, matlamat utama adalah untuk melestarikan muzik tempatan setanding dengan kualiti muzik antarabangsa serta memberi platform kepada penggiat muzik yang profesional mahupun amatur berkongsi pentas bersama artis yang lain.
“Kelainan yang diberikan sememangnya sesuatu yang istimewa kerana ini adalah konsert pertama di Pulau Pinang. Tahun lalu Hot bersama-sama penduduk Johor di samping empat lokasi lain untuk Konsert Mini Jam dan Night Jam.
“Hot FM sentiasa melakukan pelbagai perubahan mengikut permintaan pendengar. Apa yang pendengar suka akan kami berikan yang terbaik dan tahun 2010 Hot FM akan memperkukuhkan segala yang ada selain penyampai radio seperti Fara Fauzana, AG, Faizal Ibrahim, Leya, Tini, Azura, Anne, Ikhwan yang kini terus diminati,” katanya.
Kegembiraan itu bukan saja dirasai pendengar namun artis juga turut teruja apabila diberi peluang untuk membuat persembahan bersama artis yang lain dalam satu pentas.
Bagi vokalis BPR, Joey, dia sendiri terkejut kerana ribuan peminat masih lagi meminati lagu BPR seperti Dari Sinar Mata dan Harum Subur Di Hati malah terus diterima biarpun kini BPR sudah menjangkau usia 25 tahun di arena muzik tanah air.
“Saya amat berterima kasih kepada Hot FM. Kami berpeluang bertemu dengan artis baru selain melihat industri hiburan negara terus diwarnai dan sokongan peminat pula tidak pernah putus kerana galakan mereka inilah membuatkan industri ini terus hidup.
“Peluang ini pastinya tidak akan dilepaskan begitu saja kerana ia hanya datang sekali dan sebagai tanda penghargaan buat peminat BPR akan hadiah sesuatu yang istimewa tidak lama lagi,” katanya.
Bagi Mila keistimewaan membuat persembahan di kampung sendiri pastinya sesuatu yang istimewa selain kali kedua diberi peluang menjayakan Konsert Hot FM Big Jam selepas kali pertama di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Inilah penghargaan buat dirinya sebagai anak seni.
Biarpun berada di kampung sendiri, kesempatan untuk pulang bertemu nenek di Teluk Kumbar digunakan dan paling istimewa apabila berpeluang bertemu dengan AXL’s yang diminati sejak bangku sekolah lagi dan kini berada di depan mata serta berkongsi pentas.
“Gabungan artis baru dan lama dalam satu pentas meninggalkan banyak kenangan yang amat manis kerana segala-galanya amat indah sekali,” katanya.
Noh Hujan pula berkata, peluang bersama-sama Hot FM bagaikan satu penghormatan. Sebagai pendatang baru, Hujan berasa amat kerdil jika dibandingkan dengan kehebatan otai rock, BPR dan Fotograf namun ia sesuatu yang cukup istimewa.
“Lebih teruja apabila ramai peminat Hujan yang datang dari jauh semata-mata untuk tidak mahu melepaskan peluang berhibur dan bertemu dengan mereka. Biarpun berpeluang membuat persembahan di United Kingdom (UK) tetapi pengalaman dan pengalaman yang diperolehi amat istimewa sekali,” katanya.
Bagi penyampai radio Hotfm, AG atau nama sebenarnya Muhd Azmir berkata, kehadiran puluhan ribu pendengar sukar diungkapan dengan kata-kata kerana amat terharu dengan sokongan yang diberikan kerana pendengar bukan sahaja bergembira malah turut bergabung, meletup bersama-sama Hotfm.
“Tiada yang layak diucapkan hanya terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada Hotfm dan tanpa pendengar semua segalanya tidak mungkin tercapai seperti mana yang diperolehi kini dan bagi yang terlepas menyaksikan kemeriahan konsert boleh melayari laman sesawang di www.hotfm.com.my,” katanya.
Kredit: Berita Harian Online
Leave a Reply
- Lebaran Diva Dato' Siti
11 September, Sabtu, 4:00 petang, Astro Ria - Lawaknya Fantasia Raya
12 September, Ahad, 9:00 malam, Astro Ria - Trek Selebriti Kecohnya Raya Bersama Aril
13 September, Isnin, 1:30 petang, Astro Ria - Jumbo Gajah Biru
15 September, Rabu, 9:00 malam, Astro Ria
Request & Undi
di Radio & Muzik Muzik
- airaa:
best ar lgu2 ni - airaa:
best ar lgu rindu yg telah pergi n klip videonyer… - gurlz91:
pasti tengok… x sabar… - aqma:
akim envem …. caaayang akim !!!!!!!!!! cmat ary raya .. - purity greenz:
love akim… selamat berpose and selamat menyambut aidilfitri..:)
- September 2010 (1)
- August 2010 (16)
- July 2010 (33)
- June 2010 (26)
- May 2010 (19)
- Metro – Bangga Jadi Anak Malaysia
- Saksikan MV ‘Rindu Yang Telah Pergi’ Malam Ini!
- Akim @ Klip Klip Raya (Hangatnya Raya)
- Utusan Malaysia – Mereka Mahu Terbang Tinggi
- Jumbo Gajah Biru di Astro Citra Raya Ini!
- Saksikan AKIM di Rancangan Raya Astro Ria
- Gambar2 Akim @ Dari Lensa Kamera Hangatnya Raya Hot FM
- MV Rindu Yang Telah Pergi
- Rindu Yang Telah Pergi
- Majalah Remaja: Cover Story

