Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
2010/03/10
Pengalaman itulah yang dirasai dua bintang Akademi Fantasia, Afiq Hakim Ahmad (Akim), 18, dan Noorsyarmilla Jirin (Mila), 23. Suara mereka dipinjamkan untuk watak utama dalam filem animasi terhebat Thailand sehingga berjaya meraih kutipan pecah panggung, Jumbo Gajah Biru. Filem yang dibeli hak cipta pengedarannya untuk negara ini oleh Astro Entertainment Sdn Bhd, dialih bahasa 100 peratus ke Bahasa Melayu. Akim meminjamkan suara untuk watak Jumbo (gajah biru) dan Mila pula, Luna (isteri kepada Jumbo). Baru-baru ini bertempat di GSC Midvalley berlangsung tayangan perdana filem animasi Thailand terunggul itu. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment, Zainir Aminullah, penterjemah, Mazlan Mahdi selain Akim dan Mila sendiri. Sebelum proses alih suara dibuat, Akim dan Mila menonton filem itu untuk mengetahui ceritanya dan memahami watak Jumbo serta Luna. Akim berkata, dia dan Mila terpaksa beraksi manja bagi menghidupkan peranan sebagai suami isteri dalam animasi itu.
Sementara itu Mazlan berkata, filem itu menggunakan khidmat 12 orang untuk mengalih suara. Selain Akim dan Mila, mereka yang lain sudah biasa dengan kerja alih suara ini. “Agak sukar untuk mengarah kerana ekspresi suara mesti tepat dengan ekspresi rasa watak animasi itu,” katanya.
Zainir menjelaskan, Astro Entertainment berminat mengedarkan Jumbo Gajah Biru di Malaysia kerana ia filem animasi terhebat pernah dihasilkan Thailand.
Akim dan Mila diberi keutamaan menjayakan projek ini kerana mereka bintang yang dilahirkan menerusi program terbitan Astro.
“Walaupun Astro berminat dengan filem animasi seperti Jumbo Gajah Biru ini pihak kami belum bercadang untuk menerbitkan filem animasi sendiri. Astro pernah terbitkan animasi Mat Kacau untuk Astro Ria dulu “Filem ini dialih suara supaya penonton dapat menjiwai ceritanya tanpa perlu membaca sari kata. Selain itu Astro ingin menunjukkan industri alih suara adalah perkara yang serius. Dengan harapan apabila Astro membawa Gajah Jumbo Biru, pihak pengedar tempatan boleh memberi peluang pekerjaan kepada mereka untuk mampu membuat proses alih suara ini. “Jumbo Gajah Biru mempunyai pakej hiburan untuk seluruh keluarga. Meskipun filem ini diterbitkan karyawan seni dari Thailand namun kami tetap ingin menerapkan ciri-ciri tempatan, lantas filem ini beri nafas baru dengan penukaran nama dan suara latar bersesuaian wataknya,” kata Zainir. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 11 Mac ini. Ia mengisahkan Jumbo dilantik menjadi gajah diraja selepas berjaya dalam peperangan. Bagaimanapun Jumbo tersepit antara tugas kepada negara dan keselamatan keluarganya sendiri. Isterinya yang tercinta, Luna, terpaksa menyimpan rahsia yang dia sedang hamil. Oleh kerana Jumbo perlu taat berkhidmat untuk Raja Naresuan, Luna pulang ke kampung halamannya di Hin How untuk melahirkan bayi.
Malang tanpa diduga, kampung itu diserang gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung itu termasuk keluarga Jumbo. Lalu, Jumbo harus membuat pilihan sama ada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta.
Kredit: myMetro
Leave a Reply
- Lebaran Diva Dato' Siti
11 September, Sabtu, 4:00 petang, Astro Ria - Lawaknya Fantasia Raya
12 September, Ahad, 9:00 malam, Astro Ria - Trek Selebriti Kecohnya Raya Bersama Aril
13 September, Isnin, 1:30 petang, Astro Ria - Jumbo Gajah Biru
15 September, Rabu, 9:00 malam, Astro Ria
Request & Undi
di Radio & Muzik Muzik
- airaa:
best ar lgu2 ni - airaa:
best ar lgu rindu yg telah pergi n klip videonyer… - gurlz91:
pasti tengok… x sabar… - aqma:
akim envem …. caaayang akim !!!!!!!!!! cmat ary raya .. - purity greenz:
love akim… selamat berpose and selamat menyambut aidilfitri..:)
- September 2010 (1)
- August 2010 (16)
- July 2010 (33)
- June 2010 (26)
- May 2010 (19)
- Metro – Bangga Jadi Anak Malaysia
- Saksikan MV ‘Rindu Yang Telah Pergi’ Malam Ini!
- Akim @ Klip Klip Raya (Hangatnya Raya)
- Utusan Malaysia – Mereka Mahu Terbang Tinggi
- Jumbo Gajah Biru di Astro Citra Raya Ini!
- Saksikan AKIM di Rancangan Raya Astro Ria
- Gambar2 Akim @ Dari Lensa Kamera Hangatnya Raya Hot FM
- MV Rindu Yang Telah Pergi
- Rindu Yang Telah Pergi
- Majalah Remaja: Cover Story

